Kemalangan | Warga emas maut, basikal bertembung dengan motosikal

2022-03-22 0

Seorang wanita warga emas maut apabila basikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah motosikal dalam kemalangan di Kampung Berapit, Tikam Batu pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 9.20 pagi itu, mangsa, Pawan Abdul, 72 tahun difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Hutan Gelam selepas selesai membeli sayur di pasar pagi Tikam Batu.